Gotong royong adalah
aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah
diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian
dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan
yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong
royong dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Aktiviti gotong royong
ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan.
Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan
individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual
dengan jiran masing-masing. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama
akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.
Bergotong royong juga
boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat
membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti
aedes.
Kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting
dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan
daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan
ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga
boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal .
Aktiviti gotong-royong
juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya,
dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan,
perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung.
Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita
akan terus aman dan maju.
Dalam agama islam juga turut
mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang
seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi
tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia
adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh
itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya
alam sekitar sentiasa terpelihara.
No comments:
Post a Comment