DUA6022 - KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Monday, 3 October 2016
Monday, 26 September 2016
AHLI KUMPULAN
- Nurul Yussyafieqa Yusseri 12dip14f1061
- Siti Norlida Khalid 12dip14f1030
- Farah Norhimah Mohd Nor 12dip14f1032
- Che Norazmina Che Idris 12dip14f1094
- Noor Fatin Zakaria 12dip14f1076
OBJEKTIF
- Untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara setiap kaum di Malaysia
- Untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita tidak kira bangsa, agama dan Negara.
- Untuk mewujudkan semangat positif antara kaum terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan.
PENGENALAN
Gotong royong adalah
aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah
diprakltikan dan di warisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian
dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan
yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong
royong dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian.
Aktiviti gotong royong
ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan.
Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan
individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual
dengan jiran masing-masing. Melalui
aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama
akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama.
Bergotong royong juga
boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi
sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat
membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti
aedes.
Kegiatan ini amat
berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting
dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan
daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk
menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan
ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga
boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal .
Aktiviti gotong-royong
juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya,
dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan,
perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung.
Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita
akan terus aman dan maju.
Dalam agama islam juga turut
mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang
seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi
tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia
adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh
itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya
alam sekitar sentiasa terpelihara.
HURAIAN ISI
1. mengeratkan perpaduan sesama kaum
2. Mempercepat dan memudahkan sesuatu kerja
Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan
dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis
perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu
kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan lebih
memperkenalkan ada-adat contohnya adat
melayu kepada kaum yang lain
3. Memperkukuh semangat antara kaum
Hal ini demikian kerana masyarakat dapat
mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita boleh menolong kaum
lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan
mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan gotong-royong
memberikan banyak kebaikan.
4. Memupuk nilai positif dalam diri kita.
Contohnya, gotong-royong antara kaum di sekitar kawasan perumahan dapat
membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai mencintai
keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Kesannya, kita akan
menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat
dan diri sendiri.
5. menghidupkan semangat kejiranan.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali
jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan
terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas
akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua
orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan
untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
RUJUKAN
- http://cikgutancl.blogspot.my/2009/10/karangan-cemerlang-pelajar-tahap-spm.html
- https://essaysarefun.wordpress.com/2015/06/03/kebaikan-kebaikan-gotong-royong/
- http://pbmsmkadeputra.blogspot.my/2013/07/kebaikan-amalan-gotong-royong.html
- http://amalangotongroyong.blogspot.my/
- http://cikguchinboontek.blogspot.my/2012/09/latihan-1.html
- http://www.tanjongbunga.com/content/display/article/site:tanjongbunga-param:program_gotong_royong_perdana_cleaner_greener_penang_-link:6861
KESIMPULAN
Kesimpulannya,aktiviti
bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan
silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi.
Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih
aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan
menjadi lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu
bapa sewajarnya menanamkan amalan gotong-royong kepada anak-anak sejak di
bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan
teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan
peranan menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong.
Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya
sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong.
Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak
aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong-royong. Disamping
itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur
untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar.
Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat penting untuk menyebarkan
maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada golongan pelajar melalui
kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya
amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan.
Akhir sekali, jelas dan
teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti
dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya
program-program bagi pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini
kerana amalan ini perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat
terlihat suatu hari kelak.
Keratan
akhbar yang menunjukkan masyarakat mengadakan aktiviti bergotong royong “Jom
Ganyang Aedes”.
Subscribe to:
Posts (Atom)